Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan segala perancangan kecemerlangan akademik MTS sepanjang tahun 2011 berjalan dengan lancar.
Bermula seawal Jan. 2011, kelas-kelas tambahan dilaksanakan mengikut jadual sementara kelas tuisyen malam bagi tingkatan 3 dan 5 juga dapat dilaksanakan pada bulan Mac 2011. Kelas ini diwujudkan untuk membantu pelajar memahami isi pelajaran disamping menghabiskan sukatan mengikut jadual iaitu sebelum pep.percubaan bermula.
PENANBAHBAIKAN YANG DIPERLUKAN.
Mengikut pengalaman yang dilalui, peruntukan masa kelas tambahan hanya sekadar mampu diisi dengan corak pembelajaran PnP sedia ada semata-mata mengejar sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan. kemahiran menyelesaikan masalah tidak berlaku selari dengan perjalanan sukatan semasa. Ini tidak menambahkan kefahaman dan minat pelajar yang perlu dibentuk dengan pembelajaran creative dan inovatif sesuai dengan aliran sains tulen. Corak pembelajaran ini perlu di transfomasikan kearah integrasi antara pembelajaran teori dan penyelesaian masalah. Pelajar lebih bermotivasi serta berdaya saing, lebih creative dan mampu mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan lebih mudah.
BAGAIMANA KAEDAH INI BOLEH DILAKSANAKAN.
1. Pembelajaran teori dilaksanakan dalam bentuk kuliah yang dibantu oleh slide pembentangan oleh guru matapelajaran. Ini akan menjimatkan masa pembelajaran teori dan kongsep sesuatu matapelajaran.
2. Kelas pengukuhan tutorial diadakan di bilik darjah dengan soalan-soalan aplikasi berkaitan dengan tajuk kuliah yang telah dilaksanakan. Ini akan menambahkan kefahaman pelajar serta membentuk gaya fikir kreatif menyelesaikan masalah yang dihadapi bersandarkan teori yang telah dipelajari.
PERANAN GURU MATAPELAJARAN.
1. Panitia mesti menyediakan BBM dan ABM yang sesuai mengikut objektif pembelajaran. Slide pembentangan sesuatu slot pembelajaran kuliah mesti padat tepat dan menarik perhatian pelajar. Aktiviti persedian ini akan menjadi rutin aktiviti panitia sepanjang tahun. Penambahbaikan bahan bantu mengajar akan membantu bukan sahaja kemahiran guru tetapi pelajar dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih mudah dan cepat.
2. Panitia juga perlu memastikan bank soalan-soalan percubaan dan sebenar seluruh negeri tahun terdahulu lengkap dan dijadikan soalan pengukuhan tutorial bagi memantapkan kecekapan dan kefahaman pelajar.
Insyaallah, jika semua warga pendidik di MTS memberi kerjasama yang sebaik mungkin serta sokongan dan dokongan para pentadbir, kita mampu melahirkan para huffaz profesional yang terunggul sesuai dengan Visi dan Misi penubuhan MTS.

No comments:
Post a Comment