About Me

My photo
Pengalaman kerja, 10 tahun sebagai Test Equipment Engineer di Advanced Micro Devices, Penang. 4 tahun sebagai guru Biologi dan 4 tahun sebagai guru Fizik. Degree In Electronic Engineering, KDC/KPLI Majoring in Mathematics. Sekarang ini sebagai Murabbi di Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Kelantan.

Monday, 26 March 2012

FORUM PERDANA : Ulama Pewaris Nabi.

TANAH MERAH,23 Mac. MTSTM telah  menganjurkan Forum Perdana yang bertajuk Ulama' Pewaris Nabi yang telah dikupas oleh ahli penal yang terdiri dari YB.Dato' Dr. Hj.Johari bin Mat ( Ahli Dewan Negara merangkap Reaktor KIAS ), YB. Dato' Hj. Nasuruddin bin Hj. Daud ( SPEKER DUN Kelantan ) dan YB Hjh. Mumtaz bt Hj. Mohd Nawi ( Ahli Dewan Negara ) ,manakala Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat ( Penolong Pengarah YIK ) bertindak sebagai modurator. Diantara intipati forum tersebut adalah sebagaimana berikut;

1. Warga MTS perlu melihat tanggungjawab melahirkan para cendikiawan dan ilmuan sebagai satu ibadah yang yang merangkumi ilmu Al-Quran, ilmu diniah dan juga kemampuan menguasai ilmu waqie iaitu matapelajaran sains sebagai satu bentuk integrated diantara satu sama lain. Menurut ahli panel YB.Dato' Dr. Hj.Johari Mat, semua ilmu yang diajar  tergolong dalam ilmu islam yang integrated yang perlu dikuasai secara bersepadu bagi melahirkan para ulama' yang akan menceburi bidang-bidang profesional dimasa hadapan.

2.Sesuai dengan Visi MTS, semua pelajar hendaklah sentiasa bermotivasi dalam pembelajaran, berfikiran saintifik,kritis dalam semua bidang pelajaran, Al-Quran , Diniah dan sains tulen dengan meletakkan kefahaman  baru iaitu mampu berperanan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan sehingga menyerlahkan kehebatan  Islam bagi merialisasikan tugas yang diamanahkan oleh Allah dan Rasulnya di mata masyarakat Islam Malaysia yang terjajah pemikiranya  dan masyarakat  bukan Islam yang tercari-cari suatu idiologi yang tulen dapat dibuktikan dengan kehadiran warga MTS khususnya. Ini telah dijelaskan oleh ahli panel YB Hjh.Mumtaz binti Hj Mohd Nawi.

3.Peranan ulama' dan umara' yang integrated tidak lagi wujud pertentangan idiologi dan kefahaman kerana ulama' yang dilahirkan mampu berperanan dalam kedua-dua bidang ilmu selari dengan tuntutan agama islam. Maka tugas MTSTM bagi melahirkan para huffaz yang berketerampilan dalam semua bidang tidak terikat dengan model lama yang ditinggalkan oleh penjajah, namun perlu kepada pendekatan baru yang holistik, tidak mengasingkan ilmu kepada dua yang biasa diterjemahkan iaitu ilmu diniah ( agama ) dan ilmu akademik. Tenaga MTSTM perlu meletakkan tanggungjawab bersama ini di setiap bahu para murabbi yang mempunyai latar belakang pendidikan Akademik lebih lebih lagi berpendidikan Agama. Dalam institusi pendidikan seperti MTS, para murabbi dituntut berfikiran luar kotak biasa, Guru-guru matapelajaran sains matematik umpamanya, mestilah mampu mengintergrasikan teori sains dan matematik dengan dalil dan hujjah agama yang saling berintraksi antara satu sama lain. manakala para murabbi yang berpindidikan agama dan alquran dapat menunujukan kepada pelajar, inilah model yang sebenar dengan penglibatan mereka dalam pentadbiran, sentiasa berintegriti, berada di saf hadapan, sama-sama berperanan dalam setiap gerak kerja yang dirancang. Hal ini telah dikupas dengan panjang lebar oleh Dato' Speker dalam forum tersebut.

Harapan semuga warga MTSTM dapat merialisasikan impian melihat peranan ulama dalam semua bidang kehidupan terlaksana suatu hari nanti dan menyuburkan bumi kelantan tadahan wahyu khususnya dan negara tercinta Malaysia amnya.
Lensa Nikon merakam suasana semasa persiapan dan gerakkerja serta wajah keheningan malam di padang MTSTM dibanjiri hadirin yang memeriahkan forum tersebut.





No comments:

Post a Comment