Alhamdulillah, Sesi persekolahan MTS 2012 dimulakan dengan majlis thobor pertama di dewan Hassan Al-Banna mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru tingkatan 1,3,4 dan tahniah kepada semua pelajar lama yang berjaya menyambung pengajian di MTS untuk sesi 2012. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran guru-guru yang baru ditugaskan sebagai murabbi di kampus MTS tanah merah. Majlis thobor pertama ini diakhiri dengan ucapan Amanah Tuan Pengetua yang mengharapkan kecemerlangan pencapaian Hafazan Al-Quran dan Akademik untuk sesi 2012 ini lebih mantap dan mencapai target KPI yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar disematkan dengan tanggungjawab merialisasikan Visi dan Misi sekolah iaitu melahirkan para huffaz profesional dimasa hadapan serta menjadikan MTS sebuah institusi pengajian yang terunggul dipersada dunia. Sama-sama kita doakan, Amin.


No comments:
Post a Comment