About Me

My photo
Pengalaman kerja, 10 tahun sebagai Test Equipment Engineer di Advanced Micro Devices, Penang. 4 tahun sebagai guru Biologi dan 4 tahun sebagai guru Fizik. Degree In Electronic Engineering, KDC/KPLI Majoring in Mathematics. Sekarang ini sebagai Murabbi di Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Kelantan.

Tuesday, 29 May 2012

Pep. Pertengahan Tahun 2012

MTSTM. Peperiksaan pertengahan tahun 2012 telah pun bermula 7 Mei 2012 dan akan tamat pada hari khamis 24 Mei 2012. . Taniah kepada unit peperiksaan dan semua guru yang telah menyempurnakan tugasan dengan baik bagi memastikan  suasana peperiksaan yang kondusif lagi dipercayai.Kepada semua pelajar MTS, teruskan usaha, tetapkan matlamat merintis kejayaan. Orang yang kuat adalah orang yang sentiasa diuji.

 Operasi peperiksaan di bilik kebal MTS.

Tuesday, 22 May 2012

Taklimat Headcount dan pengurusan panitia

7 Mei 2012. MTSTM.
Taklimat Headcount dan pengurusan panitia telah berlangsung di bilik gerakan MTSTM kepada wakil guru dari sekolah-sekolah Maahad dan SMUA zon 6. Penolong pengarah Kurikulum Umum dan ko-kurikulum YIK, Ustaz Azhar Mat Yusof memberi taklimat tentang pengurusan panitia manakala taklimat headcount telah disempurnakan oleh Hj Tarmizi Said, mudir Maahad Pasir pekan. Kursus tersebut telah berakhir pada tengahari tersebut.
Taklimat pengurusan Panitia.

Bengkel Headcount




Para peserta kursus yang terdiri drp guru-guru dari Maahad-Maahad zone 6 Tanah Merah.


Friday, 18 May 2012

Bicara Akademik 2012

MTSTM. 5 mei 2012, Syukur Alhamdulillah, dengan keizinannya kami dapat mengadakan pertemuan ilmiah diantara pelajar terbaik Sek Men. Dato' Ahmad Maher dengan pelajar terbaik MTS di atas satu pentas diskusi ilmu bagi berkongsi kejayaan dan pengalaman dihadapan pelajar tingkatan 4 dan 5 Maahad Tahfiz Sains. Banyak pengalaman berharga dapat dikongsi bersama terutama mengenai jejak kejayaan menghadapai peperiksaan SPM. Syabas !!!




























Saturday, 21 April 2012

Pesko Vs Peperiksaan

MTSTM.  Pesta Sukan Mts telah memaparkan sejarah tersendiri dengan kretiviti dan semangat juang yang ditunjukkan oleh para pelajar. Persaingan sihat antara rumah sukan mencerminkan daya dan  momentum yang sekian lama dikumpul dan diasah masing-masing menterjemahkan  pada setiap acara sukan bermula dengan Larian Merentas Desa  diawal pagi berakhir dengan pembarisan dan pertunjukan rumah sukan dan  penyampaian hadiah kepada pemenang dibawah mentari terik. Taniah di atas semangat kesukanan kepada semua pelajar.

Hebat, banin terakhir MTSTM  menunjukkan kesungguhan dan semangat juang sewaktu berlepas dalam acara merentas desa.
MERAH membara membakar semangat para atlit bersama Guru Penasihat. Sir Ligs and Sir Jaz.
Banat POWER warm-up sebelum berlepas merentas desa.
POWER banat POWER !!!!!!!

Banat pun power......tidak mahu ketinggalan dalam acara merentas desa....Apapun taniah kepada pemenang, apa yang penting semangat yang tidak berbelah bagi pada setiap wajah peserta terselah.
Pendekar Banin Terakhir 2012.....Apakah ini acara live silat terakhir bagi MTSTM...
Lincah....Gerak silat yang lincah menampakkan kemahiran, kejituan , on-time merupakan  paduan antara minda dan psikomotor yang dikordinasikan menghasilkan lenggok dan gaya pahlawan Islam bermain senjata.
Kalau ya pun. Adakah patut seorang pahlawan melayu terkenal disambut dengan basikal je.
 SEJARAH. Pahlawan berarak menuju ke medan juang.

CONGRATULATION!!
SEJARAH PESKO 2012 TELAH TERPAHAT, ADA YANG MENANG DAN SUDAH TENTU ADA YANG KALAH. MASA, KERINGAT DAN SEMANGAT SERTA DAYA KREATIVITI DIPERTARUHKAN DEMI MENCAPAI IMPIAN BERGELAR CHAMPION OF THE YEAR. SYABAS!!!!!!
KEPADA SEMUA PELAJAR,
INGATLAH PERJUANGAN  KITA MASIH BELUM SELESAI, KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN HAFAZAN BUKAN MUDAH UNTUK DIPERTARUHKAN DEMI CITA-CITA. KALAU KITA MELETAKKAN 100% KOMITMENT KEPADA LATIHAN DEMI BERGELAR CHAMPION, KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN HAFAZAN MENUNTUT 300% DARIPADA SEMUA PELAJAR.
1. Kalau kita berganding bahu di padang..mengapa tidak kita berkongsi ilmu dan kemahiran di dalam kelas.
2. Setiap detik wajah keriangan dan keceriaan mewarnai pesta Pesko, mengapa kita hidangkan rupa jemu, lesu dan lentok kepala beralaskan meja di hadapan guru.
3. Darah pahlawan dizahirkan menjadi tontonan seluruh warga, apakah pula kita menyorok sendirian apabila berdepan dengan pen dan pena.
4. Semangat tidak mengalah membekalkan tenaga melawan setiap halangan di padang, apakah kita takut untuk mencuba soalan-soalan peperiksaan menguji minda
5. Pertandingan menguji ketabahan, Menang dan kalah adat persaingan. TAPI..INGATLAH USAHA, SABAR DAN TABAH DALAM PELAJARAN AKAN MENGHADIAHKAN SUATU KEMENANGAN BUAT SEMUA. INSYAALLAH.



"SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012."


 

Friday, 20 April 2012

MTS Champion in Futsal MASSAK 2012 Competition.

Congratulation !!! to all team members of Futsal Club for the champion in MASSAK competition 2012.
Coached by Sir Zuwairi which emphasis on improvisation, creativity and technique as well as ball control and passing skill in small spaces are the recipes for the success. CONGRATULATION.


Thursday, 19 April 2012

Rehat minda di Lata Belatan

Terapi yang paling berkesan apabila berbicara dengan Alam semulajadi.






Wednesday, 18 April 2012

Monday, 2 April 2012

PESKO MTSTM12

MTSTM, 28 Mac. Hari Sukan sekolah telah selesai dengan juara pusingan pada tahun 2012 disandang oleh Rumah Jingga. Taniah!!!!.
Nikon D90 memaparkan  kemeriahan hari sukan tersebut.





Taklimat Acara Merentas Desa Bannat.



Peserta merentas desa banin diberi taklimat oleh SU Korkurikulum. Cg. Azmi.


Monday, 26 March 2012

FORUM PERDANA : Ulama Pewaris Nabi.

TANAH MERAH,23 Mac. MTSTM telah  menganjurkan Forum Perdana yang bertajuk Ulama' Pewaris Nabi yang telah dikupas oleh ahli penal yang terdiri dari YB.Dato' Dr. Hj.Johari bin Mat ( Ahli Dewan Negara merangkap Reaktor KIAS ), YB. Dato' Hj. Nasuruddin bin Hj. Daud ( SPEKER DUN Kelantan ) dan YB Hjh. Mumtaz bt Hj. Mohd Nawi ( Ahli Dewan Negara ) ,manakala Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat ( Penolong Pengarah YIK ) bertindak sebagai modurator. Diantara intipati forum tersebut adalah sebagaimana berikut;

1. Warga MTS perlu melihat tanggungjawab melahirkan para cendikiawan dan ilmuan sebagai satu ibadah yang yang merangkumi ilmu Al-Quran, ilmu diniah dan juga kemampuan menguasai ilmu waqie iaitu matapelajaran sains sebagai satu bentuk integrated diantara satu sama lain. Menurut ahli panel YB.Dato' Dr. Hj.Johari Mat, semua ilmu yang diajar  tergolong dalam ilmu islam yang integrated yang perlu dikuasai secara bersepadu bagi melahirkan para ulama' yang akan menceburi bidang-bidang profesional dimasa hadapan.

2.Sesuai dengan Visi MTS, semua pelajar hendaklah sentiasa bermotivasi dalam pembelajaran, berfikiran saintifik,kritis dalam semua bidang pelajaran, Al-Quran , Diniah dan sains tulen dengan meletakkan kefahaman  baru iaitu mampu berperanan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan sehingga menyerlahkan kehebatan  Islam bagi merialisasikan tugas yang diamanahkan oleh Allah dan Rasulnya di mata masyarakat Islam Malaysia yang terjajah pemikiranya  dan masyarakat  bukan Islam yang tercari-cari suatu idiologi yang tulen dapat dibuktikan dengan kehadiran warga MTS khususnya. Ini telah dijelaskan oleh ahli panel YB Hjh.Mumtaz binti Hj Mohd Nawi.

3.Peranan ulama' dan umara' yang integrated tidak lagi wujud pertentangan idiologi dan kefahaman kerana ulama' yang dilahirkan mampu berperanan dalam kedua-dua bidang ilmu selari dengan tuntutan agama islam. Maka tugas MTSTM bagi melahirkan para huffaz yang berketerampilan dalam semua bidang tidak terikat dengan model lama yang ditinggalkan oleh penjajah, namun perlu kepada pendekatan baru yang holistik, tidak mengasingkan ilmu kepada dua yang biasa diterjemahkan iaitu ilmu diniah ( agama ) dan ilmu akademik. Tenaga MTSTM perlu meletakkan tanggungjawab bersama ini di setiap bahu para murabbi yang mempunyai latar belakang pendidikan Akademik lebih lebih lagi berpendidikan Agama. Dalam institusi pendidikan seperti MTS, para murabbi dituntut berfikiran luar kotak biasa, Guru-guru matapelajaran sains matematik umpamanya, mestilah mampu mengintergrasikan teori sains dan matematik dengan dalil dan hujjah agama yang saling berintraksi antara satu sama lain. manakala para murabbi yang berpindidikan agama dan alquran dapat menunujukan kepada pelajar, inilah model yang sebenar dengan penglibatan mereka dalam pentadbiran, sentiasa berintegriti, berada di saf hadapan, sama-sama berperanan dalam setiap gerak kerja yang dirancang. Hal ini telah dikupas dengan panjang lebar oleh Dato' Speker dalam forum tersebut.

Harapan semuga warga MTSTM dapat merialisasikan impian melihat peranan ulama dalam semua bidang kehidupan terlaksana suatu hari nanti dan menyuburkan bumi kelantan tadahan wahyu khususnya dan negara tercinta Malaysia amnya.
Lensa Nikon merakam suasana semasa persiapan dan gerakkerja serta wajah keheningan malam di padang MTSTM dibanjiri hadirin yang memeriahkan forum tersebut.