Hebat, banin terakhir MTSTM menunjukkan kesungguhan dan semangat juang sewaktu berlepas dalam acara merentas desa.
MERAH membara membakar semangat para atlit bersama Guru Penasihat. Sir Ligs and Sir Jaz.
Banat POWER warm-up sebelum berlepas merentas desa.
POWER banat POWER !!!!!!!
Banat pun power......tidak mahu ketinggalan dalam acara merentas desa....Apapun taniah kepada pemenang, apa yang penting semangat yang tidak berbelah bagi pada setiap wajah peserta terselah.
Pendekar Banin Terakhir 2012.....Apakah ini acara live silat terakhir bagi MTSTM...
Lincah....Gerak silat yang lincah menampakkan kemahiran, kejituan , on-time merupakan paduan antara minda dan psikomotor yang dikordinasikan menghasilkan lenggok dan gaya pahlawan Islam bermain senjata.
Kalau ya pun. Adakah patut seorang pahlawan melayu terkenal disambut dengan basikal je.
SEJARAH. Pahlawan berarak menuju ke medan juang.
CONGRATULATION!!
SEJARAH PESKO 2012 TELAH TERPAHAT, ADA YANG MENANG DAN SUDAH TENTU ADA YANG KALAH. MASA, KERINGAT DAN SEMANGAT SERTA DAYA KREATIVITI DIPERTARUHKAN DEMI MENCAPAI IMPIAN BERGELAR CHAMPION OF THE YEAR. SYABAS!!!!!!
KEPADA SEMUA PELAJAR,
INGATLAH PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI, KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN HAFAZAN BUKAN MUDAH UNTUK DIPERTARUHKAN DEMI CITA-CITA. KALAU KITA MELETAKKAN 100% KOMITMENT KEPADA LATIHAN DEMI BERGELAR CHAMPION, KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN HAFAZAN MENUNTUT 300% DARIPADA SEMUA PELAJAR.
1. Kalau kita berganding bahu di padang..mengapa tidak kita berkongsi ilmu dan kemahiran di dalam kelas.
2. Setiap detik wajah keriangan dan keceriaan mewarnai pesta Pesko, mengapa kita hidangkan rupa jemu, lesu dan lentok kepala beralaskan meja di hadapan guru.
3. Darah pahlawan dizahirkan menjadi tontonan seluruh warga, apakah pula kita menyorok sendirian apabila berdepan dengan pen dan pena.
4. Semangat tidak mengalah membekalkan tenaga melawan setiap halangan di padang, apakah kita takut untuk mencuba soalan-soalan peperiksaan menguji minda
5. Pertandingan menguji ketabahan, Menang dan kalah adat persaingan. TAPI..INGATLAH USAHA, SABAR DAN TABAH DALAM PELAJARAN AKAN MENGHADIAHKAN SUATU KEMENANGAN BUAT SEMUA. INSYAALLAH.













