About Me

My photo
Pengalaman kerja, 10 tahun sebagai Test Equipment Engineer di Advanced Micro Devices, Penang. 4 tahun sebagai guru Biologi dan 4 tahun sebagai guru Fizik. Degree In Electronic Engineering, KDC/KPLI Majoring in Mathematics. Sekarang ini sebagai Murabbi di Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Kelantan.

Monday, 9 January 2012

Gotong Royong Perdana




Khamis, 5 Jan 2012.

 MTS Tanah merah telah melancarkan hari gotong ronyong perdana memperlihatkan kerjasama semua warga MTS turun padang membantu menjayakan program 5S sekitar kampus. Penglibatan pentadbir, guru-guru dan semua pelajar mengambil bahagian menceriakan setiap sudut yang dijadualkan oleh unit kebersihan dan keceriaan sekolah. Suasana yang bersih dan kondusif memulakan langkah MTS tahun 2012 untuk terus cemerlang dalam pencapaian Hafazan Al-Quran dan Akademik pelajar.Lensa kamera telah merakamkan semangat yang ditunjukkan.



Tuesday, 3 January 2012

Majlis Thobor pertama 2012

Alhamdulillah, Sesi persekolahan MTS  2012 dimulakan dengan majlis thobor pertama di dewan Hassan Al-Banna mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru tingkatan 1,3,4  dan tahniah kepada semua pelajar lama yang berjaya menyambung pengajian di MTS untuk sesi 2012. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran guru-guru yang baru ditugaskan sebagai murabbi di kampus MTS tanah merah. Majlis thobor pertama ini diakhiri dengan ucapan Amanah Tuan Pengetua yang mengharapkan kecemerlangan pencapaian Hafazan Al-Quran dan Akademik untuk sesi 2012 ini lebih mantap dan mencapai target KPI yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar disematkan dengan tanggungjawab merialisasikan Visi dan Misi  sekolah iaitu melahirkan para huffaz profesional dimasa hadapan serta menjadikan MTS sebuah institusi pengajian yang terunggul dipersada dunia. Sama-sama kita doakan, Amin.

Thursday, 8 December 2011

coretan kurikulum 2011.


Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan segala perancangan kecemerlangan akademik MTS sepanjang tahun 2011 berjalan dengan lancar.
Bermula seawal Jan. 2011, kelas-kelas tambahan dilaksanakan mengikut jadual sementara kelas tuisyen malam bagi tingkatan 3 dan 5 juga dapat dilaksanakan pada bulan Mac 2011. Kelas ini diwujudkan untuk membantu pelajar memahami isi pelajaran disamping menghabiskan sukatan mengikut jadual iaitu sebelum pep.percubaan  bermula. 
 
PENANBAHBAIKAN YANG DIPERLUKAN.
Mengikut pengalaman yang dilalui, peruntukan masa kelas tambahan hanya sekadar mampu diisi dengan corak pembelajaran PnP sedia ada semata-mata mengejar sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan. kemahiran  menyelesaikan masalah tidak berlaku selari dengan perjalanan sukatan semasa. Ini tidak menambahkan kefahaman dan minat pelajar yang perlu dibentuk dengan pembelajaran creative dan inovatif sesuai dengan aliran sains tulen. Corak pembelajaran ini perlu di transfomasikan kearah integrasi antara pembelajaran teori dan penyelesaian masalah.  Pelajar  lebih bermotivasi serta berdaya saing, lebih creative dan mampu mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan lebih mudah.

 BAGAIMANA KAEDAH INI BOLEH DILAKSANAKAN.
1. Pembelajaran teori dilaksanakan dalam bentuk kuliah yang dibantu oleh slide pembentangan oleh guru matapelajaran. Ini akan menjimatkan masa pembelajaran teori dan kongsep sesuatu matapelajaran.
2. Kelas pengukuhan tutorial diadakan di bilik darjah dengan soalan-soalan aplikasi berkaitan dengan tajuk kuliah yang telah dilaksanakan. Ini akan menambahkan kefahaman pelajar serta membentuk gaya fikir kreatif menyelesaikan masalah yang dihadapi bersandarkan teori yang telah dipelajari.

PERANAN GURU MATAPELAJARAN.
1. Panitia mesti menyediakan BBM dan ABM yang sesuai mengikut objektif pembelajaran. Slide pembentangan sesuatu slot pembelajaran kuliah mesti padat tepat dan menarik perhatian pelajar. Aktiviti persedian ini akan menjadi rutin aktiviti panitia sepanjang tahun. Penambahbaikan bahan bantu mengajar akan membantu bukan sahaja kemahiran guru tetapi pelajar dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih mudah dan cepat.
2. Panitia juga perlu memastikan  bank soalan-soalan percubaan dan sebenar seluruh negeri tahun terdahulu lengkap dan dijadikan soalan pengukuhan tutorial bagi memantapkan kecekapan dan kefahaman pelajar. 

Insyaallah, jika semua warga pendidik di MTS memberi kerjasama yang sebaik mungkin serta sokongan dan dokongan para pentadbir, kita mampu melahirkan para huffaz profesional yang terunggul sesuai dengan Visi dan Misi penubuhan MTS.