About Me

My photo
Pengalaman kerja, 10 tahun sebagai Test Equipment Engineer di Advanced Micro Devices, Penang. 4 tahun sebagai guru Biologi dan 4 tahun sebagai guru Fizik. Degree In Electronic Engineering, KDC/KPLI Majoring in Mathematics. Sekarang ini sebagai Murabbi di Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Kelantan.

Monday, 20 February 2012

Majlis Perpisahan Kenangan Abadi Guruku..

Majlis perpisahan "Kenangan Abadi Guruku" meraikan para murrabbi yang terpaksa meninggalkan MTS tanah merah tahun 2012. Penstrukturan semula MTS tanah merah kepada Maahad Lil-bannat terpaksa melepaskan 16 tenaga murrabbi yang banyak berjasa meningkatkan kecemerlangan Maahad diiringi suasana hiba. Kami mendoakan semuga semua guru-guru yang terlibat sentiasa dirahmati Allah dan terus  menabur bakti di sekolah baru.
Cikgu Wan Rahim , Ustaz Ismail , Ustaz Wan Abu Bakar dan Ustaz Amir adalah sebahagian guru yang diraiikan.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979




Sunday, 19 February 2012

Pemuafakatan ibu bapa dalam program kecemerlangan Mts.

Program Melangkah ke Universiti bersama Tuan Hj. Buniey Amin Bin Yusof ( Ayah Haji ), seorang yang berpengalaman menguruskan consultancy bahagian pemilihan kursus yang sesuai diperingkat Lepasan SPM ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi IPTA dan IPTS. Program ini diadakan di Dewan Hassan Al-Banna Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan.

Ayah Haji melontarkan soalan spontan kepada salah seorang pelajar MTS yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

 Semuga panduan yang diberikan oleh Ayah Haji akan menambahkan lagi semangat juang calon SPM 2012 mempersiapkan diri dengan secukupnya sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Monday, 13 February 2012

Kelantan Pemacu Kecemerlangan Pendidikan Islam.

Ringkasan pembentangan kertas kerja oleh YB Dato' Dr. Johari Mat, KIAS.
 

Kegemilangan Islam di kelantan telah lama bertapak seiring dengan kedatangan Islam di Nusantara. Tercatat sejarah Long Yunus, Abdul Halim anak angkatnya menyemarakkan lagi kegemilangan Islam di Kelantan seawal abad ke -18 lagi.Kegemilangan ini bersambung arus dengan pemerintahan Sultan Muhammad 1, ke-2 dan ke-3. Sejarah telah mencatat pelaksanaan hukum Islam di dalam negeri kelantan gemilang seawal 1900 dengan jayanya memartabatkan hukum Islam sebagai penyelesaian permasalahan yang timbol. Konsep Dualisma mula ditanam oleh penjajah Inggeris ketika menjajah kelantan pada tahun 1909. Undang-undang yang diwujudkan telah terbahagi dua, urusan pentadbiran diasingkan dengan urusan keagamaan........................malangnya sehingga kini idiologi ini terpahat dikalangan masyarakat Islam khususnya dan menjadikan suatu tanggapan yang dianggap benar oleh masyarakat bukan islamnya. Menjadi tanggungjawab orang Islam menjelaskan idiologi yang sebenar kepada masyarakat bukan sahaja dari sudut ilmu scara teori malah bukti-bukti secara praktikal menjadi satu pelajaran yang sangat berkesan. Pentadbiran yang diterajui oleh ulama' di kelantan adalah satu contoh praktikal yang membuktikan urusan dunia dapat disatukan idiologinya berteraskan Islam. Masyarakat Malaysia khususnya sudah mula belajar dan mengakui bahawa idologi Islam yang merangkumi semua bidang kehidupan dirasai nikmat dan hikmatnya oleh masyarakat Islam khususnya malah turut disenangi oleh masyaraka bukan Islam. Oleh itu warga pendidik khususnya di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan perlu bertindak segera mengubah persepsi masyarakat dengan mengintegrasikan seluruh pembelajaran di bilik darjah kepada idiologi tunggal iaitu berteraskan Akidah Islamiah.

Sunday, 12 February 2012

Tetamu MTS - CT ONE CORPORATION SDN BHD.

Ahlan Wassahlan kepada tetamu dari CT-ONE CORPORATION SDN BHD Major (Rtd) Adnan Bin Hashim ( Group Managing Director ) kerana sudi berkunjung ke MTS Tanah Merah.