Ringkasan pembentangan kertas kerja oleh YB Dato' Dr. Johari Mat, KIAS.
Kegemilangan Islam di kelantan telah lama bertapak seiring dengan kedatangan Islam di Nusantara. Tercatat sejarah Long Yunus, Abdul Halim anak angkatnya menyemarakkan lagi kegemilangan Islam di Kelantan seawal abad ke -18 lagi.Kegemilangan ini bersambung arus dengan pemerintahan Sultan Muhammad 1, ke-2 dan ke-3. Sejarah telah mencatat pelaksanaan hukum Islam di dalam negeri kelantan gemilang seawal 1900 dengan jayanya memartabatkan hukum Islam sebagai penyelesaian permasalahan yang timbol. Konsep Dualisma mula ditanam oleh penjajah Inggeris ketika menjajah kelantan pada tahun 1909. Undang-undang yang diwujudkan telah terbahagi dua, urusan pentadbiran diasingkan dengan urusan keagamaan........................malangnya sehingga kini idiologi ini terpahat dikalangan masyarakat Islam khususnya dan menjadikan suatu tanggapan yang dianggap benar oleh masyarakat bukan islamnya. Menjadi tanggungjawab orang Islam menjelaskan idiologi yang sebenar kepada masyarakat bukan sahaja dari sudut ilmu scara teori malah bukti-bukti secara praktikal menjadi satu pelajaran yang sangat berkesan. Pentadbiran yang diterajui oleh ulama' di kelantan adalah satu contoh praktikal yang membuktikan urusan dunia dapat disatukan idiologinya berteraskan Islam. Masyarakat Malaysia khususnya sudah mula belajar dan mengakui bahawa idologi Islam yang merangkumi semua bidang kehidupan dirasai nikmat dan hikmatnya oleh masyarakat Islam khususnya malah turut disenangi oleh masyaraka bukan Islam. Oleh itu warga pendidik khususnya di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan perlu bertindak segera mengubah persepsi masyarakat dengan mengintegrasikan seluruh pembelajaran di bilik darjah kepada idiologi tunggal iaitu berteraskan Akidah Islamiah.



No comments:
Post a Comment