About Me

My photo
Pengalaman kerja, 10 tahun sebagai Test Equipment Engineer di Advanced Micro Devices, Penang. 4 tahun sebagai guru Biologi dan 4 tahun sebagai guru Fizik. Degree In Electronic Engineering, KDC/KPLI Majoring in Mathematics. Sekarang ini sebagai Murabbi di Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Kelantan.

Wednesday, 21 March 2012

Keputusan SPM 2011

TANAH MERAH, 21 Mac: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah ( MTSTM ) sekali lagi berjaya mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini.

Pengetua MTSTM, Ustaz Hj. Kamarjan bin Abd. Rahman telah mengumumkan seramai 14 pelajar MTSTM mendapat semua 11A , 10 pelajar mendapat 10A dan 5 orang pelajar yang memperolehi 9A dalam satu majlis penyampaian keputusan pelajar terbaik di kampus MTSTM tengahari ini. Menurut beliau, pelajar terbaik tersebut telah mengharumkan nama Maahad Tahfiz Sains yang merupakan satu-satu Maahad Tahfiz yang mengeluarkan pelajar  beraliran sains tulen berjaya dalam bidang akademik dan telah tamat hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Seramai 226 calon peperiksaan SPM 2011.

Penyampaian slip  kepada pelajar terbaik SPM2011.



Tahap peratus pencapaian kecemerlangan yang mendapat 10A dan 11A pada tahun 2011 meningkat dari 8.13 % kepada 10.61 % berbanding tahun 2010.




 

Monday, 20 February 2012

Majlis Perpisahan Kenangan Abadi Guruku..

Majlis perpisahan "Kenangan Abadi Guruku" meraikan para murrabbi yang terpaksa meninggalkan MTS tanah merah tahun 2012. Penstrukturan semula MTS tanah merah kepada Maahad Lil-bannat terpaksa melepaskan 16 tenaga murrabbi yang banyak berjasa meningkatkan kecemerlangan Maahad diiringi suasana hiba. Kami mendoakan semuga semua guru-guru yang terlibat sentiasa dirahmati Allah dan terus  menabur bakti di sekolah baru.
Cikgu Wan Rahim , Ustaz Ismail , Ustaz Wan Abu Bakar dan Ustaz Amir adalah sebahagian guru yang diraiikan.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979




Sunday, 19 February 2012

Pemuafakatan ibu bapa dalam program kecemerlangan Mts.

Program Melangkah ke Universiti bersama Tuan Hj. Buniey Amin Bin Yusof ( Ayah Haji ), seorang yang berpengalaman menguruskan consultancy bahagian pemilihan kursus yang sesuai diperingkat Lepasan SPM ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi IPTA dan IPTS. Program ini diadakan di Dewan Hassan Al-Banna Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan.

Ayah Haji melontarkan soalan spontan kepada salah seorang pelajar MTS yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

 Semuga panduan yang diberikan oleh Ayah Haji akan menambahkan lagi semangat juang calon SPM 2012 mempersiapkan diri dengan secukupnya sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Monday, 13 February 2012

Kelantan Pemacu Kecemerlangan Pendidikan Islam.

Ringkasan pembentangan kertas kerja oleh YB Dato' Dr. Johari Mat, KIAS.
 

Kegemilangan Islam di kelantan telah lama bertapak seiring dengan kedatangan Islam di Nusantara. Tercatat sejarah Long Yunus, Abdul Halim anak angkatnya menyemarakkan lagi kegemilangan Islam di Kelantan seawal abad ke -18 lagi.Kegemilangan ini bersambung arus dengan pemerintahan Sultan Muhammad 1, ke-2 dan ke-3. Sejarah telah mencatat pelaksanaan hukum Islam di dalam negeri kelantan gemilang seawal 1900 dengan jayanya memartabatkan hukum Islam sebagai penyelesaian permasalahan yang timbol. Konsep Dualisma mula ditanam oleh penjajah Inggeris ketika menjajah kelantan pada tahun 1909. Undang-undang yang diwujudkan telah terbahagi dua, urusan pentadbiran diasingkan dengan urusan keagamaan........................malangnya sehingga kini idiologi ini terpahat dikalangan masyarakat Islam khususnya dan menjadikan suatu tanggapan yang dianggap benar oleh masyarakat bukan islamnya. Menjadi tanggungjawab orang Islam menjelaskan idiologi yang sebenar kepada masyarakat bukan sahaja dari sudut ilmu scara teori malah bukti-bukti secara praktikal menjadi satu pelajaran yang sangat berkesan. Pentadbiran yang diterajui oleh ulama' di kelantan adalah satu contoh praktikal yang membuktikan urusan dunia dapat disatukan idiologinya berteraskan Islam. Masyarakat Malaysia khususnya sudah mula belajar dan mengakui bahawa idologi Islam yang merangkumi semua bidang kehidupan dirasai nikmat dan hikmatnya oleh masyarakat Islam khususnya malah turut disenangi oleh masyaraka bukan Islam. Oleh itu warga pendidik khususnya di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan perlu bertindak segera mengubah persepsi masyarakat dengan mengintegrasikan seluruh pembelajaran di bilik darjah kepada idiologi tunggal iaitu berteraskan Akidah Islamiah.

Sunday, 12 February 2012

Tetamu MTS - CT ONE CORPORATION SDN BHD.

Ahlan Wassahlan kepada tetamu dari CT-ONE CORPORATION SDN BHD Major (Rtd) Adnan Bin Hashim ( Group Managing Director ) kerana sudi berkunjung ke MTS Tanah Merah.

Monday, 9 January 2012

Gotong Royong Perdana




Khamis, 5 Jan 2012.

 MTS Tanah merah telah melancarkan hari gotong ronyong perdana memperlihatkan kerjasama semua warga MTS turun padang membantu menjayakan program 5S sekitar kampus. Penglibatan pentadbir, guru-guru dan semua pelajar mengambil bahagian menceriakan setiap sudut yang dijadualkan oleh unit kebersihan dan keceriaan sekolah. Suasana yang bersih dan kondusif memulakan langkah MTS tahun 2012 untuk terus cemerlang dalam pencapaian Hafazan Al-Quran dan Akademik pelajar.Lensa kamera telah merakamkan semangat yang ditunjukkan.



Tuesday, 3 January 2012

Majlis Thobor pertama 2012

Alhamdulillah, Sesi persekolahan MTS  2012 dimulakan dengan majlis thobor pertama di dewan Hassan Al-Banna mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru tingkatan 1,3,4  dan tahniah kepada semua pelajar lama yang berjaya menyambung pengajian di MTS untuk sesi 2012. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran guru-guru yang baru ditugaskan sebagai murabbi di kampus MTS tanah merah. Majlis thobor pertama ini diakhiri dengan ucapan Amanah Tuan Pengetua yang mengharapkan kecemerlangan pencapaian Hafazan Al-Quran dan Akademik untuk sesi 2012 ini lebih mantap dan mencapai target KPI yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar disematkan dengan tanggungjawab merialisasikan Visi dan Misi  sekolah iaitu melahirkan para huffaz profesional dimasa hadapan serta menjadikan MTS sebuah institusi pengajian yang terunggul dipersada dunia. Sama-sama kita doakan, Amin.